Isnin, 18 Ogos 2025

PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) DAN EDARAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN PENYERAGAMAN EKSA JANM 2025

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) DAN EDARAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN PENYERAGAMAN EKSA JANM 2025

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Untuk makluman tuan/puan, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memaklumkan bahawa tiada pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akan dilaksanakan oleh JPA kepada semua jabatan dan disarankan supaya EKSA dijalankan secara dalaman di jabatan masing-masing. Pihak JPA juga sedang menyelaras pindaan dokumen dasar berhubung Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2022: Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan EKSA dan EKSA Kendiri untuk diedarkan kepada semua jabatan.

 

3.         Sehubungan itu, Jawatankuasa EKSA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mendapat persetujuan dari Akauntan Negara Malaysia mengenai pelaksanaan amalan EKSA di semua JANM Bahagian seperti berikut:

 

a)     Pelaksanaan EKSA JANM Bahagian kekal dilaksanakan secara dalaman sahaja dan tiada pengauditan pensijilan dari JPA; dan

 

b)     JANM Bahagian perlu menyediakan dan menghantar Laporan Amalan Pelaksanaan EKSA kepada Jawatankuasa Induk EKSA JANM pada setiap 15 Disember tahun semasa bagi tujuan pemantauan dan simpanan rekod.

 

4.         Bersama-sama ini dilampirkan memo makluman dan Garis Panduan Penyeragaman EKSA JANM yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyeragaman EKSA JANM sebagai rujukan pelaksanaan EKSA di Bahagian masing-masing. Garis panduan ini diedarkan secara softcopy melalui email jabatan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Sebarang persoalan boleh dimajukan kepada Encik Mohd Khairul Dahri di talian 03-8882 1101 dan Encik Wan Muhammad Syafiq di talian 03-88821112.

 

5.         Perhatian dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan

 
Saya yang menjalankan amanah,


WAN MUHAMMAD SYAFIQ BIN WAN YUSOFF
Penolong Pegawai Arkib
Unit Pengurusan Am dan Aset
Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Isnin, 11 Ogos 2025

HEBAHAN - CARTA ORGANISASI EKSA JANM 2025-2026

 


Dikemukakan Carta Organisasi EKSA JANM bagi tahun 2025–2026 untuk edaran dan rujukan semua warga JANM Ibu Pejabat.

Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA, JANM

Khamis, 7 Ogos 2025

HEBAHAN GOTONG ROYONG KECERIAAN TANGGA & HIASAN KEMERDEKAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-Royong Keceriaan Tangga & Hiasan Kemerdekaan akan diadakan pada 8 Ogos 2025 (Jumaat).

3.             Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga PPPA untuk bersama-sama turut serta dalam usaha gotong-royong tersebut. Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA

Rabu, 23 Julai 2025

Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh          : 25 Julai 2025 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Bilik Gunasama 1 (Cetak)

3.             Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama turut serta dalam usaha membersihkan dan menyusun Bilik Gunasama 1. Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA

Rabu, 2 Julai 2025

Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh          : 4 Julai 2025 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Bilik Pegawai (Puan Sharifah Ashida binti Syed Abdul Ghafar)

3. Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama membantu dalam mengemas bilik pegawai berkenaan. Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

Selasa, 15 April 2025

Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh          : 18 April 2025 (Jumaat)

Masa           : 9.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Pantri Zon 2, PPPA

Pakaian       : Formal


3. Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama membantu PIC pantri zon 2, PPPA. Perhatian dan tindakan tuan/puan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


AJK EKSA


 

Isnin, 17 Februari 2025

GOTONG ROYONG EKSA PPPA

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Gotong-royong EKSA PPPA telah diadakan pada 14 Februari 2025 (Jumaat). Terima kasih kepada pegawai yang telah memberikan komitmen yang baik membersihkan kawasan pantri PPPA.