Khamis, 14 Disember 2023

AUDIT DALAMAN EKSA DAN PERTANDINGAN EKSA PPPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan EKSA PPPA akan diadakan pada 19 Disember 2023 (Selasa).

3. Ketua Audit EKSA PPPA akan membuat rondaan pemeriksaan pada 19 Disember 2023 (Selasa).

4. Sehubungan dengan itu, semua adalah digalakkan untuk menyertainya. Sijil Pengiktirafan 5 Bintang menanti anda.

Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 15 Disember 2023 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Zon masing-masing

Pakaian       : Sukan

3. Sehubungan itu, mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri dan mohon kerjasama semua Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

AJK EKSA