Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA Bil. 1 Tahun 2026 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 24 Julai 2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
3. Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama turut serta menjayakan gotong-royong ini.
Sekian, terima kasih
