Sabtu, 22 Mei 2021

UCAPAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA ZON EKSA PPPA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBrs. Dr./ Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita diucapkan jutaan terima kasih kepada semua Warga Zon EKSA PPPA di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Audit Dalaman EKSA baru-baru ini. Untuk makluman, dalam Pengauditan tahun ini PPPA berjaya mendapat markah keseluruhan sebanyak 89.97% berbanding semasa Pengauditan tahun 2020 iaitu hanya sebanyak 70.65%. 

3.    Diharapkan semua Warga Zon EKSA PPPA dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang berterusan supaya kita dapat sama-sama menjayakan EKSA seterusnya mendapat markah yang cemerlang di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.


“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

Saya yang menjalankan amanah,


NURUL SHAFAWATI MUHAMMAD YUSOFF
Setiausaha Zon EKSA PPPA
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia