i-Book : SISTEM TEMPAHAN BILIK MESYUARAT

PENGENALAN dan CIRI-CIRI i-Book

i-Book adalah Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat secara elektronik. Fungsi utama sistem ini adalah untuk:
    • Membolehkan tempahan mesyuarat dibuat secara atas talian
      • Jemputan mesyuarat dibuat dengan lebih mudah dan cepat
        • Menguruskan tempahan makanan/minuman dan pealatan secara lebih sistematik
          • Laporan boleh dijana mengikut keperluan
            • Tidak menggunakan kertas

            MEMULAKAN APLIKASI
            • Untuk memulakan aplikasi pengguna perlu  mengikuti langkah-langkah seperti di bawah
            • Semua pegawai dikehendaki mengisi maklumat pengguna di dalam borang tahap capaian di http://10.23.14.23/register.php 
            • Pengguna akan mendapat notifikasi pendaftaran id pengguna dan katalaluan telah berjaya dari pentadbir sistem dan pengguna boleh memulakan aplikasi di  http://10.23.14.23 
            • Sekiranya katalaluan yang dimasukkan tidak betul, mesej ralat  “ID Pengguna dan kata laluan tidak sah” akan dipaparkan
            • Sekiranya katalaluan yang dimasukkan sah, skrin menu utama akan dipaparkan


            • Klik pada pautan Profil Pengguna untuk ubah maklumat pengguna dan katalaluan.

            UBAH PROFIL


            UBAH KATA LALUAN


            MEMULAKAN APLIKASI – URUSETIA
            Pentadbir Am berperanan untuk membuat tempahan bilik mesyuarat bersama tempahan makanan,minuman dan peralatan serta menghantar jemputan mesyuarat.
            • Klik menu Tempahan | Bilik Mesyuarat untuk membuat tempahan bilik mesyuarat
            • Isi maklumat yang diperlukan dan klik Simpan untuk menghantar tempahan kepada Pentadbir Am


            • Klik Tempahan | Senarai Tempahan/Jemputan untuk melihat senarai tempahan bilik mesyuarat
            • Hanya tempahan kemudahan (makanan/minuman/peralatan) yang belum disemak oleh Pentadbir Am boleh diubah maklumat tempahan atau dihapuskan.



            • Klik Tempahan | Senarai Status Kemudahan untuk melihat senarai tempahan kemudahan (makanan/minuman/peralatan) yang telah disemak bersama catatan Pentadbir Am (jika ada)
            • Butang perincian untuk semak status kemudahan (makanan/minuman/peralatan) yang ditempah oleh Urusetia.


            • Maklumat tempahan kemudahan (makanan/minuman/peralatan) yang telah disemak akan dipaparkan seperti print skrin di bawah:


            • Tempahan bilik mesyuarat dan kemudahan (makanan/minuman/peralatan) yang telah disemak boleh dibuat pembatalan seperti skrin di bawah dan maklumat ini akan dihantar ke Pentadbir Am


            Klik untuk ke Sistem i-Book