Rabu, 30 September 2020


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan Workstation & Bilik tercantik bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek EKSA yang telah ditetapkan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada tarikh 29 September - 10 Oktober 2020.

3. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA.

Sekian terima kasih.

AJK EKSA ZON PPPA

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA  akan diadakan seperti berikut:

     Tarikh    : 07 Oktober 2020 (Rabu)
     Masa      : 08.30 pg - 4.30 ptg
     Tempat  : Berkumpul di ruang rehat, berhampiran depan bilik pengarah PPPA

     Pakaian : Baju sukan

3. Sehubungan itu, mohon setiap Warga PPPA untuk memberikan kerjasama mengikut lokasi EKSA yang telah ditetapkan dan mohon kerjasama setiap Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

AJK EKSA ZON PPPA