Rabu, 18 Disember 2024

PINDAAN TARIKH : HEBAHAN PERTANDINGAN EKSA PPPA BAGI TAHUN 2024

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan EKSA PPPA bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek EKSA yang telah ditetapkan. Untuk makluman, pindaan tarikh dibuat untuk memberi ruang kepada semua PIC bagi menambahbaik ruang masing-masing. Pertandingan tersebut akan diadakan pada tarikh 31 Disember 2024 (Selasa).

3. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA.

Sekian terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

Selasa, 17 Disember 2024

PERINGATAN MESRA : HEBAHAN PERTANDINGAN WORKSTATION & BILIK PEGAWAI TERCANTIK BAGI TAHUN 2024


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan Workstation & Bilik pegawai tercantik bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek EKSA yang telah ditetapkan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada tarikh 18 Disember 2024. 

3. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA.


Sekian terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA

Khamis, 5 Disember 2024

HEBAHAN PERTANDINGAN WORKSTATION & BILIK PEGAWAI TERCANTIK BAGI TAHUN 2024



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan Workstation & Bilik pegawai tercantik bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek EKSA yang telah ditetapkan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada tarikh 18 Disember 2024 (Rabu). 

3. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA.

Sekian terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

Khamis, 28 November 2024

MESYUARAT EKSA BIL.2/2024

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 2/2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh          :     13 Disember 2024 (Jumaat)
Masa           :     9.00 pagi
Tempat       :     Bilik Mesyuarat PPPA, Aras 4, JANM
Pengerusi   :    Puan Zeti Azlida Binti Zakaria


3.      Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat EKSA dan Maklum Balas EKSA Bil. 1/ 2024 untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Dipohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan status terkini penambahahbaikan maklum balas tersebut sebelum atau pada 6 Disember 2024 (Jumaat) jam 3.00 petang.

4.  Kerjasama dan perhatian tuan/puan  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

AJK EKSA

1. Minit Mesyuarat EKSA

2. Maklum Balas EKSA Bil. 1/ 2024

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA - 13 DISEMBER 2024

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 13 Disember 2024 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Zon masing-masing

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Warga PPPA untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


AJK EKSA

Khamis, 8 Ogos 2024

JADUAL PENJURIAN: PERTANDINGAN EKSA TERBAIK JANM BAHAGIAN - 12 HINGGA 13 OGOS 2024

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 


YBhg. Dato' / YBhg. Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,


JADUAL PENJURIAN - PERTANDINGAN EKSA TERBAIK JANM BAHAGIAN 


Poster Hebahan Jadual Penjurian.jpeg


Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, mohon untuk hubungi Jawatankuasa EKSA Induk JANM seperti berikut:
Encik Wan Muhammad Syafiq bin Wan Yusoff/ syafiq@anm.gov.my/ 03-8882 1112


Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Promosi EKSA JANM
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Khamis, 1 Ogos 2024

Peringatan Mesra: Gotong Royong EKSA PPPA Bil.2/2024

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman, Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM akan diadakan bermula 13 hingga 14 Ogos 2024. Sehubungan dengan itu, beberapa siri Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                Tarikh          :    2 Ogos , 7 Ogos dan  8 Ogos 2024

                Masa           :     9.00 pagi - 5.00 petang

                Lokasi         :     Zon masing-masing

                Pakaian       :    2 Ogos & 7 Ogos - Pakaian Sukan

                                         8 Ogos - Pakaian Pejabat 

3.  Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.

4.       Dipanjangkan Laporan Audit Dalaman EKSA JANM yang telah dijalankan pada 16 Julai 2024 yang lalu untuk tindakan maklumbalas PIC dan pegawai- pegawai yang terlibat. Dipohon agar gambar dan pernyataan penambahbaikan dapat dikemaskini oleh tuan/puan seperti di laporan yang dikepilkan pada atau sebelum 8 Ogos 2024 (Khamis) untuk tindakan lanjut.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA