Rabu, 24 Julai 2024

PERUBAHAN TARIKH PENILAIAN: PERTANDINGAN EKSA TERBAIK JANM BAHAGIAN

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 


YBhg. Dato' / YBhg. Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,


PERTANDINGAN EKSA TERBAIK JANM BAHAGIAN 


Untuk makluman, terdapat perubahan pada tarikh penilaian pertandingan seperti berikut:


Pindaan Tarikh Penilaian Pertandingan.jpeg

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, mohon untuk hubungi Jawatankuasa EKSA Induk JANM seperti berikut:
Encik Wan Muhammad Syafiq bin Wan Yusoff/ syafiq@anm.gov.my/ 03-8882 1112


Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Promosi EKSA JANM

Sabtu, 13 Julai 2024

Laporan Penemuan Pengauditan Dalaman EKSA PPPA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. 

Tuan/Puan,

Disertakan Laporan Penemuan Pengauditan Dalaman EKSA PPPA yang telah dijalankan pada 12 Julai 2024. (Sila klik pada pautan).

Sehubungan itu, sukacita dimohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil tindakan penambahbaikan ke atas perkara ini.

Sekian, terima kasih.

JK AUDIT PPPA

Khamis, 11 Julai 2024

Pemeriksaan Audit Dalaman EKSA

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Pemeriksaan Audit Dalaman EKSA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman tuan/puan juga, pemeriksaaan audit dalaman EKSA akan dijadualkan pada 12 Julai 2024 (Jumaat). Untuk makluman, Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM akan diadakan bermula 13 hingga 14 Ogos 2024. 

3.  Sehubungan dengan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua warga EKSA Zon PPPA yg tiada mesyuarat/bengkel/kursus, untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

Khamis, 4 Julai 2024

Gotong Royong EKSA PPPA Bil.1/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Gotong Royong EKSA PPPA Bil.1/2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman, Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM akan diadakan bermula 13 hingga 14 Ogos 2024. Sehubungan dengan itu, beberapa siri Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                Tarikh          :     5 Julai 2024, 2 Ogos 2024 dan 12 Ogos 2024

                Masa           :     9.00 pagi - 5.00 petang

                Lokasi         :     Zon masing-masing

                Pakaian       :    Pejabat

3.   Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.

4.   Untuk makluman tuan/puan juga, pemeriksaaan audit dalaman EKSA akan dijadualkan pada 12 Julai 2024 (Jumaat).

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

Rabu, 19 Jun 2024

Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman, Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM akan diadakan bermula 13 hingga 14 Ogos 2024. Sehubungan dengan itu, beberapa siri Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti ketetapan berikut:


                Tarikh          :     5 Julai 2024, 2 Ogos 2024 dan 12 Ogos 2024

                Masa           :     9.00 pagi - 5.00 petang

                Lokasi         :     Zon masing-masing

                Pakaian       :    Sukan

3.  Semua warga EKSA Zon PPPA yang tidak terlibat dengan sebarang mesyuarat/ bengkel/ kursus adalah dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan bagi tujuan gotong royong kendiri. Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.


4.   Untuk makluman tuan/puan juga, pemeriksaaan audit dalaman EKSA akan dijadualkan pada 12 Julai 2024 (Jumaat).

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA



Rabu, 24 April 2024

AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL. 1 TAHUN 2024

 


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 


YBrs. Dr./Tuan/Puan,


HEBAHAN EKSA : AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL.1 TAHUN 2024


Dimakluman, Team Audit EKSA Induk akan menjalankan pengauditan di PPPA pada hari ini 24 April 2024 (Rabu) pukul 2.30 petang.


Diharapkan zon PIC dan ruang kerja masing-masing berada dalam keadaan kemas, bersih, teratur dan ditagging dengan lengkap bagi memastikan tiada teguran audit.


Perhatian dan kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"


Jawatankuasa EKSA PPPA JANM
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Isnin, 22 April 2024

Aktiviti Gotong-Royong EKSA PPPA Bil.2/2024

Pada 19 April 2024 (Jumaat), semua warga PPPA telah bertungkus-lumus bergotong-royong membersihkan ruang pejabat PPPA.








Terima kasih dan syabas diucapkan kepada warga PPPA yang telah bersungguh-sungguh dan bekerjasama membersihkan ruang pejabat PPPA.