Isnin, 19 Januari 2026

Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh                      : 30 Januari 2026 (Jumaat)

Masa                       : 9.00 pagi - 1.00 petang

Pemeriksaan EKSA : 2.30 petang hingga selesai

Tempat                     : Workstation & Bilik Pegawai 

       

3.     Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama turut serta dalam usaha membersihkan dan mengemas. 

4.     Untuk makluman tuan/puan juga, tuan/puan perlu mengambil gambar sebelum dan selepas dan boleh dimuatnaik di google drive 

https://drive.google.com/drive/folders/1GMcxxfTg2JCm-7unxYEujNwHkTOYJOyN?usp=sharing

Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

Khamis, 16 Oktober 2025

Audit Dalaman EKSA dan Pertandingan EKSA Zon PPPA 2025



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Pemeriksaan Audit Dalaman EKSA & Pertandingan EKSA PPPA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, pemeriksaaan audit dalaman EKSA akan dijadualkan pada 17 Oktober 2025 (Jumaat).

3. Selain itu, dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan EKSA PPPA bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek yang telah ditetapkan seperti di dalam poster.

4. Sehubungan dengan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua warga EKSA Zon PPPA yg tiada mesyuarat/bengkel/kursus, untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing.

5. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.


AJK PROMOSI EKSA

Jumaat, 3 Oktober 2025

Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh          : 3 Oktober 2025 (Jumaat)

Masa           : 9.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Workstation, Bilik Pegawai & Tempat Person In Charge (PIC) 

       

3.             Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama turut serta dalam usaha membersihkan dan mengemas. 


Untuk makluman tuan/puan juga, tuan/puan perlu mengambil gambar sebelum dan selepas dan boleh dimuatnaik di google drive 

 https://drive.google.com/drive/folders/1GMcxxfTg2JCm-7unxYEujNwHkTOYJOyN?usp=sharing


Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA

Selasa, 2 September 2025

Mesyuarat EKSA Bil. 2/2025 dan Sesi Perkongsian Ilmu EKSA

 Assalamualaikum w.b.t dan SalamSejahtera,

Mesyuarat EKSA Bil. 2/2025 dan Sesi Perkongsian Ilmu EKSA di bawah Aktiviti Jawatankuasa Latihan  

Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujukkepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 2/2025 dan Sesi Perkongsian Ilmu EKSA di bawah Aktiviti Jawatankuasa Latihan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh

:

17 September 2025 (Rabu)

Masa

:

9.00 am

Tempat                       

:

Bilik Mesyuarat Utama, PPPA

3.         Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA

Isnin, 18 Ogos 2025

PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) DAN EDARAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN PENYERAGAMAN EKSA JANM 2025

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) DAN EDARAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN PENYERAGAMAN EKSA JANM 2025

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Untuk makluman tuan/puan, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memaklumkan bahawa tiada pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akan dilaksanakan oleh JPA kepada semua jabatan dan disarankan supaya EKSA dijalankan secara dalaman di jabatan masing-masing. Pihak JPA juga sedang menyelaras pindaan dokumen dasar berhubung Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2022: Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan EKSA dan EKSA Kendiri untuk diedarkan kepada semua jabatan.

 

3.         Sehubungan itu, Jawatankuasa EKSA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mendapat persetujuan dari Akauntan Negara Malaysia mengenai pelaksanaan amalan EKSA di semua JANM Bahagian seperti berikut:

 

a)     Pelaksanaan EKSA JANM Bahagian kekal dilaksanakan secara dalaman sahaja dan tiada pengauditan pensijilan dari JPA; dan

 

b)     JANM Bahagian perlu menyediakan dan menghantar Laporan Amalan Pelaksanaan EKSA kepada Jawatankuasa Induk EKSA JANM pada setiap 15 Disember tahun semasa bagi tujuan pemantauan dan simpanan rekod.

 

4.         Bersama-sama ini dilampirkan memo makluman dan Garis Panduan Penyeragaman EKSA JANM yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyeragaman EKSA JANM sebagai rujukan pelaksanaan EKSA di Bahagian masing-masing. Garis panduan ini diedarkan secara softcopy melalui email jabatan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Sebarang persoalan boleh dimajukan kepada Encik Mohd Khairul Dahri di talian 03-8882 1101 dan Encik Wan Muhammad Syafiq di talian 03-88821112.

 

5.         Perhatian dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan

 
Saya yang menjalankan amanah,


WAN MUHAMMAD SYAFIQ BIN WAN YUSOFF
Penolong Pegawai Arkib
Unit Pengurusan Am dan Aset
Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Isnin, 11 Ogos 2025

HEBAHAN - CARTA ORGANISASI EKSA JANM 2025-2026

 


Dikemukakan Carta Organisasi EKSA JANM bagi tahun 2025–2026 untuk edaran dan rujukan semua warga JANM Ibu Pejabat.

Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA, JANM

Khamis, 7 Ogos 2025

HEBAHAN GOTONG ROYONG KECERIAAN TANGGA & HIASAN KEMERDEKAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-Royong Keceriaan Tangga & Hiasan Kemerdekaan akan diadakan pada 8 Ogos 2025 (Jumaat).

3.             Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga PPPA untuk bersama-sama turut serta dalam usaha gotong-royong tersebut. Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA