Khamis, 6 Februari 2025
HEBAHAN JAWATANKUASA LATIHAN EKSA BIL. 1 TAHUN 2025
Mesyuarat EKSA Bil. 1/2025
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Pada 5 Februari 2025 telah diadakan Mesyuarat EKSA PPPA Bil. 1/2025 dipengerusikan oleh Pengarah PPPA. Mesyuarat ini adalah mesyuarat kick-off bagi tahun 2025. Pengerusi dan ahli mesyuarat mengambil maklum pencapaian EKSA PPPA tahun 2024 dan Carta Perbatuan EKSA PPPA tahun 2025.
Isnin, 3 Februari 2025
Invitation: Mesyuarat EKSA Bil. 1/2025
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
YBrs. Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 1/2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Februari 2025 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPPA, Aras 4, JANM
Pengerusi : Puan Zeti Azlida Binti Zakaria
3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat EKSA Bil. 2/ 2024 dan link url https://docs.google.com/
4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Saya yang menjalankan amanah,
NUR AMALINA BINTI AB RAHMAN
Unit Khidmat Nasihat Perakaunan & Pengurusan Perubahan (UKN3P)
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tel : 03-8882 1395
Jumaat, 17 Januari 2025
Penyampaian Hadiah Pertandingan EKSA 2024
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Penjurian bagi Pertandingan EKSA Tahun 2024 diadakan pada 31/12/24 (Selasa). Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah diadakan pada 17/01/25 (Jumaat). Tahniah kepada semua pemenang dan semoga anda terus istiqamah mengekalkan prestasi terbaik setiap tahun.
Kategori pertandingan dan pemenang bagi Pertandingan EKSA Tahun 2024 adalah seperti berikut:
Dr. Murni binti Subroto
Saguhati:
- Pn. Juliana binti Saleh
- En. Khairudin bin Ali
2. Workstation Terbaik
Cik Siti Ahda Nadhirah binti Saifulbahri
Saguhati:
- Pn. Nur Amalina binti Ab Rahman
- Pn. Nurul Azean binti Azizan
3. Ruang PIC Terbaik
Bilik 1 (Stok)
PIC: Pn. Fadliana binti Saman & Pn. Nurul Azean binti Azizan
4. Bilik Perbincangan Terbaik
Bilik Perbincangan 2
PIC: Pn. Zubidah binti Johar
5. Hasil Kreativiti Terbaik
Ruang Info Merdeka UPPP
Rabu, 18 Disember 2024
PINDAAN TARIKH : HEBAHAN PERTANDINGAN EKSA PPPA BAGI TAHUN 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan EKSA PPPA bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek EKSA yang telah ditetapkan. Untuk makluman, pindaan tarikh dibuat untuk memberi ruang kepada semua PIC bagi menambahbaik ruang masing-masing. Pertandingan tersebut akan diadakan pada tarikh 31 Disember 2024 (Selasa).
3. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA.
Sekian terima kasih.
AJK PROMOSI EKSA
Selasa, 17 Disember 2024
PERINGATAN MESRA : HEBAHAN PERTANDINGAN WORKSTATION & BILIK PEGAWAI TERCANTIK BAGI TAHUN 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan Workstation & Bilik pegawai tercantik bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek EKSA yang telah ditetapkan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada tarikh 18 Disember 2024.
3. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama mengikuti pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA.
Sekian terima kasih.
AJK PROMOSI EKSA
Khamis, 5 Disember 2024
HEBAHAN PERTANDINGAN WORKSTATION & BILIK PEGAWAI TERCANTIK BAGI TAHUN 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,













%20(2).png)

