Rabu, 19 Jun 2024

Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman, Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM akan diadakan bermula 13 hingga 14 Ogos 2024. Sehubungan dengan itu, beberapa siri Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti ketetapan berikut:


                Tarikh          :     5 Julai 2024, 2 Ogos 2024 dan 12 Ogos 2024

                Masa           :     9.00 pagi - 5.00 petang

                Lokasi         :     Zon masing-masing

                Pakaian       :    Sukan

3.  Semua warga EKSA Zon PPPA yang tidak terlibat dengan sebarang mesyuarat/ bengkel/ kursus adalah dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan bagi tujuan gotong royong kendiri. Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.


4.   Untuk makluman tuan/puan juga, pemeriksaaan audit dalaman EKSA akan dijadualkan pada 12 Julai 2024 (Jumaat).

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA



Rabu, 24 April 2024

AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL. 1 TAHUN 2024

 


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 


YBrs. Dr./Tuan/Puan,


HEBAHAN EKSA : AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL.1 TAHUN 2024


Dimakluman, Team Audit EKSA Induk akan menjalankan pengauditan di PPPA pada hari ini 24 April 2024 (Rabu) pukul 2.30 petang.


Diharapkan zon PIC dan ruang kerja masing-masing berada dalam keadaan kemas, bersih, teratur dan ditagging dengan lengkap bagi memastikan tiada teguran audit.


Perhatian dan kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"


Jawatankuasa EKSA PPPA JANM
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Isnin, 22 April 2024

Aktiviti Gotong-Royong EKSA PPPA Bil.2/2024

Pada 19 April 2024 (Jumaat), semua warga PPPA telah bertungkus-lumus bergotong-royong membersihkan ruang pejabat PPPA.








Terima kasih dan syabas diucapkan kepada warga PPPA yang telah bersungguh-sungguh dan bekerjasama membersihkan ruang pejabat PPPA.

Rabu, 17 April 2024

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA 2/2024



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA Bil. 2/2024 akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 19 April 2024 (Jumaat)

Masa         : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi       : Zon masing-masing

Pakaian    : Sukan

3. Sehubungan itu, Audit Dalaman EKSA JANM BIL.1/2024 akan membuat pemeriksaan ke PPPA pada 24 April 2024. Mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri dan mohon kerjasama semua Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

AJK EKSA

Isnin, 15 April 2024

AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL. 1 TAHUN 2024 - 9 HARI LAGI


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,



YBhg. Dato' / YBhg. Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,


HEBAHAN EKSA JANM SIRI 4/2024: AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL.1 TAHUN 2024 - 9 HARI LAGI



Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, mohon untuk hubungi Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JANM, Puan Noorerlena binti Abu Bakar (03-8000 8632)/ Cik Nurul Shazwani binti Zulkepli (03-8000 8636).

Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato' /YBhg. Datin /YBrs. Dr. /Tuan /Puan   berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Promosi EKSA JANM
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Isnin, 8 April 2024

Gotong-royong EKSA PPPA 5 April 2024

Pada 5 April 2024 (Jumaat), semua warga PPPA telah bertungkus-lumus bergotong-royong membersihkan ruang pejabat PPPA meskipun dalam bulan Ramadan.








Terima kasih dan syabas diucapkan kepada warga PPPA yang telah bersungguh-sungguh dan bekerjasama membersihkan ruang pejabat PPPA.

Isnin, 1 April 2024

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA 1/2024



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 5 & 19 April 2024 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Zon masing-masing

Pakaian       : Sukan

3. Sehubungan itu, mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri dan mohon kerjasama semua Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


AJK EKSA