Isnin, 8 April 2024
Gotong-royong EKSA PPPA 5 April 2024
Isnin, 1 April 2024
HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA 1/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 5 & 19 April 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Zon masing-masing
Pakaian : Sukan
3. Sehubungan itu, mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri
Sekian, terima kasih.
AJK EKSA
Selasa, 26 Mac 2024
MESYUARAT EKSA BIL.1/2024
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
YBrs. Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 1/2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPPA, Aras 4, JANM
Pengerusi : Encik Mohd Nazi bin Mat Yusoff
3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"
Khamis, 21 Mac 2024
AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL.1/2024
Rabu, 6 Mac 2024
HEBAHAN EKSA JANM SIRI 2/2024: JANM HQ KE ARAH PENSIJILAN SEMULA EKSA 2024
Khamis, 14 Disember 2023
AUDIT DALAMAN EKSA DAN PERTANDINGAN EKSA PPPA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan EKSA PPPA akan diadakan pada 19 Disember 2023 (Selasa).
3. Ketua Audit EKSA PPPA akan membuat rondaan pemeriksaan pada 19 Disember 2023 (Selasa).
4. Sehubungan dengan itu, semua adalah digalakkan untuk menyertainya. Sijil Pengiktirafan 5 Bintang menanti anda.
Sekian, terima kasih.
AJK PROMOSI EKSA
HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Zon masing-masing
Pakaian : Sukan
3. Sehubungan itu, mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri
Sekian, terima kasih.
AJK EKSA






.png)


%20(1).png)
.png)