Isnin, 1 April 2024

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA 1/2024



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 5 & 19 April 2024 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Zon masing-masing

Pakaian       : Sukan

3. Sehubungan itu, mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri dan mohon kerjasama semua Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


AJK EKSA

Selasa, 26 Mac 2024

MESYUARAT EKSA BIL.1/2024

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.


YBrs. Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 1/2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh          :     4 April 2024 (Khamis)

Masa           :     9.00 pagi

Tempat       :     Bilik Mesyuarat PPPA, Aras 4, JANM

Pengerusi   :     Encik 
Mohd Nazi bin Mat Yusoff


3.     Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan/puan  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Khamis, 21 Mac 2024

AUDIT DALAMAN EKSA JANM BIL.1/2024

 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Dalaman EKSA akan diadakan pada 24 hingga 25 April 2023 (Rabu dan Khamis).

3. Sehubungan dengan itu, mohon semua warga untuk mengambil langkah sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

AJK EKSA


Rabu, 6 Mac 2024

HEBAHAN EKSA JANM SIRI 2/2024: JANM HQ KE ARAH PENSIJILAN SEMULA EKSA 2024

 

Assalamualaikum wbt. / Selamat Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr/Ts/Tuan/Puan,

HEBAHAN EKSA JANM SIRI 2/2024: JANM HQ KE ARAH PENSIJILAN SEMULA EKSA 2024
Pautan EKSA JANM -  http://intranetjanm.anm.gov.my/eksa 

Perhatian dan kerjasama  YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr/Ts/Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"


Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Promosi EKSA JANM
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Khamis, 14 Disember 2023

AUDIT DALAMAN EKSA DAN PERTANDINGAN EKSA PPPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan EKSA PPPA akan diadakan pada 19 Disember 2023 (Selasa).

3. Ketua Audit EKSA PPPA akan membuat rondaan pemeriksaan pada 19 Disember 2023 (Selasa).

4. Sehubungan dengan itu, semua adalah digalakkan untuk menyertainya. Sijil Pengiktirafan 5 Bintang menanti anda.

Sekian, terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 15 Disember 2023 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Zon masing-masing

Pakaian       : Sukan

3. Sehubungan itu, mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri dan mohon kerjasama semua Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

AJK EKSA

Isnin, 14 Ogos 2023

PINDAAN TARIKH : HEBAHAN PERTANDINGAN WORKSTATION & BILIK PEGAWAI TERCANTIK BAGI TAHUN 2023

 PINDAAN TARIKH PERTANDINGAN WORKSTATION & BILIK PEGAWAI TERCANTIK BAGI TAHUN 2023



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan Workstation & Bilik pegawai tercantik bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek EKSA yang telah ditetapkan. Pertandingan tersebut akan DITUNDA pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian

3. Sehubungan itu, mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

AJK PROMOSI EKSA