Khamis, 16 Oktober 2025

Audit Dalaman EKSA dan Pertandingan EKSA Zon PPPA 2025



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Pemeriksaan Audit Dalaman EKSA & Pertandingan EKSA PPPA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, pemeriksaaan audit dalaman EKSA akan dijadualkan pada 17 Oktober 2025 (Jumaat).

3. Selain itu, dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA akan mengadakan Pertandingan EKSA PPPA bagi menaikkan lagi semangat Warga PPPA untuk mengemas tempat masing-masing mengikut spek yang telah ditetapkan seperti di dalam poster.

4. Sehubungan dengan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua warga EKSA Zon PPPA yg tiada mesyuarat/bengkel/kursus, untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing.

5. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.


AJK PROMOSI EKSA

Jumaat, 3 Oktober 2025

Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh          : 3 Oktober 2025 (Jumaat)

Masa           : 9.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Workstation, Bilik Pegawai & Tempat Person In Charge (PIC) 

       

3.             Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama daripada semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama turut serta dalam usaha membersihkan dan mengemas. 


Untuk makluman tuan/puan juga, tuan/puan perlu mengambil gambar sebelum dan selepas dan boleh dimuatnaik di google drive 

 https://drive.google.com/drive/folders/1GMcxxfTg2JCm-7unxYEujNwHkTOYJOyN?usp=sharing


Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA