Khamis, 8 Ogos 2024

JADUAL PENJURIAN: PERTANDINGAN EKSA TERBAIK JANM BAHAGIAN - 12 HINGGA 13 OGOS 2024

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 


YBhg. Dato' / YBhg. Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,


JADUAL PENJURIAN - PERTANDINGAN EKSA TERBAIK JANM BAHAGIAN 


Poster Hebahan Jadual Penjurian.jpeg


Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, mohon untuk hubungi Jawatankuasa EKSA Induk JANM seperti berikut:
Encik Wan Muhammad Syafiq bin Wan Yusoff/ syafiq@anm.gov.my/ 03-8882 1112


Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Promosi EKSA JANM
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Khamis, 1 Ogos 2024

Peringatan Mesra: Gotong Royong EKSA PPPA Bil.2/2024

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman, Pertandingan EKSA Terbaik JANM (Bahagian) peringkat JANM akan diadakan bermula 13 hingga 14 Ogos 2024. Sehubungan dengan itu, beberapa siri Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                Tarikh          :    2 Ogos , 7 Ogos dan  8 Ogos 2024

                Masa           :     9.00 pagi - 5.00 petang

                Lokasi         :     Zon masing-masing

                Pakaian       :    2 Ogos & 7 Ogos - Pakaian Sukan

                                         8 Ogos - Pakaian Pejabat 

3.  Kerjasama semua Warga PPPA juga dimohon agar dapat memastikan ruang kerja masing-masing adalah kemas dan teratur.

4.       Dipanjangkan Laporan Audit Dalaman EKSA JANM yang telah dijalankan pada 16 Julai 2024 yang lalu untuk tindakan maklumbalas PIC dan pegawai- pegawai yang terlibat. Dipohon agar gambar dan pernyataan penambahbaikan dapat dikemaskini oleh tuan/puan seperti di laporan yang dikepilkan pada atau sebelum 8 Ogos 2024 (Khamis) untuk tindakan lanjut.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


AJK PROMOSI EKSA