Isnin, 17 Februari 2025

GOTONG ROYONG EKSA PPPA

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Gotong-royong EKSA PPPA telah diadakan pada 14 Februari 2025 (Jumaat). Terima kasih kepada pegawai yang telah memberikan komitmen yang baik membersihkan kawasan pantri PPPA.








Jumaat, 7 Februari 2025

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hebahan Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh          : 14 Februari 2025 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Ruang legar PPPA

Pakaian      : Formal

3. Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua warga EKSA Zon PPPA untuk bersama-sama membantu PIC ruang legar PPPA. Perhatian dan tindakan tuan/puan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

AJK EKSA

Khamis, 6 Februari 2025

HEBAHAN JAWATANKUASA LATIHAN EKSA BIL. 1 TAHUN 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,


AMALAN HIJAU.jpg


TERIMA KASIH.

Mesyuarat EKSA Bil. 1/2025

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Pada 5 Februari 2025 telah diadakan Mesyuarat EKSA PPPA Bil. 1/2025 dipengerusikan oleh Pengarah PPPA. Mesyuarat ini adalah mesyuarat kick-off bagi tahun 2025. Pengerusi dan ahli mesyuarat mengambil maklum pencapaian EKSA PPPA tahun 2024 dan Carta Perbatuan EKSA PPPA tahun 2025.







Isnin, 3 Februari 2025

Invitation: Mesyuarat EKSA Bil. 1/2025

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.


YBrs. Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 1/2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh          :     5 Februari 2025 (Rabu)

Masa           :     9.30 pagi

Tempat       :     Bilik Mesyuarat PPPA, Aras 4, JANM

Pengerusi   :    Puan Zeti Azlida Binti Zakaria



3.      Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat EKSA Bil. 2/ 2024 dan link url https://docs.google.com/document/d/13sVUNfKVXxoFRmzONBATxBnL0m_j3FN0kyFbUG21pkE/edit?usp=sharing Maklum Balas EKSA Bil. 2/ 2024 untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Dipohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan status terkini penambahahbaikan maklum balas tersebut sebelum atau selewat-lewatnya pada 4 Februari 2025 (Selasa) jam 3.00 petang.

4.  Kerjasama dan perhatian tuan/puan  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

“MALAYSIA MADANI

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"


Saya yang menjalankan amanah,

NUR AMALINA BINTI AB RAHMAN

Unit Khidmat Nasihat Perakaunan & Pengurusan Perubahan (UKN3P)
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tel : 03-8882 1395

Jumaat, 17 Januari 2025

Penyampaian Hadiah Pertandingan EKSA 2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Penjurian bagi Pertandingan EKSA Tahun 2024 diadakan pada 31/12/24 (Selasa). Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah diadakan pada 17/01/25 (Jumaat). Tahniah kepada semua pemenang dan semoga anda terus istiqamah mengekalkan prestasi terbaik setiap tahun.

Kategori pertandingan dan pemenang bagi Pertandingan EKSA Tahun 2024 adalah seperti berikut:

1. Bilik Pegawai Terbaik
Dr. Murni binti Subroto
Saguhati:
- Pn. Juliana binti Saleh
- En. Khairudin bin Ali

2. Workstation Terbaik
Cik Siti Ahda Nadhirah binti Saifulbahri
Saguhati:
- Pn. Nur Amalina binti Ab Rahman
- Pn. Nurul Azean binti Azizan

3. Ruang PIC Terbaik
Bilik 1 (Stok)
PIC: Pn. Fadliana binti Saman & Pn. Nurul Azean binti Azizan

4. Bilik Perbincangan Terbaik
Bilik Perbincangan 2
PIC: Pn. Zubidah binti Johar

5. Hasil Kreativiti Terbaik
Ruang Info Merdeka UPPP