Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memaklumkan bahawa tiada pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akan dilaksanakan oleh JPA kepada semua jabatan dan disarankan supaya EKSA dijalankan secara dalaman di jabatan masing-masing. Pihak JPA juga sedang menyelaras pindaan dokumen dasar berhubung Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2022: Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan EKSA dan EKSA Kendiri untuk diedarkan kepada semua jabatan.
3. Sehubungan itu, Jawatankuasa EKSA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mendapat persetujuan dari Akauntan Negara Malaysia mengenai pelaksanaan amalan EKSA di semua JANM Bahagian seperti berikut:
a) Pelaksanaan EKSA JANM Bahagian kekal dilaksanakan secara dalaman sahaja dan tiada pengauditan pensijilan dari JPA; dan
b) JANM Bahagian perlu menyediakan dan menghantar Laporan Amalan Pelaksanaan EKSA kepada Jawatankuasa Induk EKSA JANM pada setiap 15 Disember tahun semasa bagi tujuan pemantauan dan simpanan rekod.
4. Bersama-sama ini dilampirkan memo makluman dan Garis Panduan Penyeragaman EKSA JANM yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyeragaman EKSA JANM sebagai rujukan pelaksanaan EKSA di Bahagian masing-masing. Garis panduan ini diedarkan secara softcopy melalui email jabatan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Sebarang persoalan boleh dimajukan kepada Encik Mohd Khairul Dahri di talian 03-8882 1101 dan Encik Wan Muhammad Syafiq di talian 03-88821112.
5. Perhatian dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
“Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan”
Saya yang menjalankan amanah,
WAN MUHAMMAD SYAFIQ BIN WAN YUSOFF
Penolong Pegawai Arkib
Unit Pengurusan Am dan Aset
Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia