Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
YBrs. Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 1/2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Februari 2025 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPPA, Aras 4, JANM
Pengerusi : Puan Zeti Azlida Binti Zakaria
3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat EKSA Bil. 2/ 2024 dan link url https://docs.google.com/
4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Saya yang menjalankan amanah,
NUR AMALINA BINTI AB RAHMAN
Unit Khidmat Nasihat Perakaunan & Pengurusan Perubahan (UKN3P)
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tel : 03-8882 1395