Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA Bil. 2/2024 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 19 April 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Zon masing-masing
Pakaian : Sukan
3. Sehubungan itu, Audit Dalaman EKSA JANM BIL.1/2024 akan membuat pemeriksaan ke PPPA pada 24 April 2024. Mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yang tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan utk tujuan gotong royong kendiri dan mohon kerjasama semua Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
AJK EKSA