Isnin, 3 April 2023

🖋️Lawatan Pengauditan Dalaman EKSA JANM Bil. 1 Tahun 2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Dimaklumkan lawatan pengauditan dalaman EKSA JANM Bil. 1 tahun 2023 akan diadakan di PPPA seperti ketetapan berikut:

                          Tarikh : 4 April 2023 (Selasa)

                          Masa  : Bermula 9.30 pagi sehingga selesai

3.      Sehubungan dengan itu, dipohon semua warga PPPA dapat memberi kerjasama untuk mengambil tindakan sewajarnya selewat-lewatnya hari ini. Diingatkan juga, pihak Jawatankuasa Audit PPPA akan mengadakan pengauditan secara dalaman pada hari ini bermula jam 10.00 pagi bertujuan untuk memantau kepatuhan terhadap komponen penilaian EKSA.

Marilah bersama-sama kita jayakan program EKSA ini. Kerjasama dan komitmen dari tuan/puan amatlah dihargai.

Terima kasih.