Khamis, 28 November 2024

MESYUARAT EKSA BIL.2/2024

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Dimaklumkan bahawa Mesyuarat EKSA Bil. 2/2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh          :     13 Disember 2024 (Jumaat)
Masa           :     9.00 pagi
Tempat       :     Bilik Mesyuarat PPPA, Aras 4, JANM
Pengerusi   :    Puan Zeti Azlida Binti Zakaria


3.      Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat EKSA dan Maklum Balas EKSA Bil. 1/ 2024 untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Dipohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan status terkini penambahahbaikan maklum balas tersebut sebelum atau pada 6 Disember 2024 (Jumaat) jam 3.00 petang.

4.  Kerjasama dan perhatian tuan/puan  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

AJK EKSA

1. Minit Mesyuarat EKSA

2. Maklum Balas EKSA Bil. 1/ 2024

HEBAHAN GOTONG ROYONG EKSA PPPA - 13 DISEMBER 2024

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh        : 13 Disember 2024 (Jumaat)

Masa           : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi         : Zon masing-masing

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Warga PPPA untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


AJK EKSA