JADUAL PENGAUDITAN: Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) oleh pihak MAMPU
"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"
JADUAL PENGAUDITAN: Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) oleh pihak MAMPU
"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-royong Kendiri EKSA PPPA akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11 Januari 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Zon masing-masing
Pakaian : Sukan
3. Sehubungan itu, mohon perhatian semua warga EKSA Zon PPPA yg tiada mesyuarat/bengkel/kursus, dibenarkan untuk memakai pakaian sukan & kasut sukan untuk tujuan gotong royong kendiri dan mohon kerjasama semua Warga PPPA juga untuk mengemas dan menyusun atur ruang kerja masing-masing. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
AJK EKSA
Assalamualaikum wbt. / Selamat Sejahtera
YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,
Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa berikut merupakan aktiviti EKSA di JANM yang akan diadakan sebagai persediaan bagi menghadapi pengauditan pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU:
GOTONG- ROYONG PERDANA EKSA JANM
AUDIT DALAMAN SUSULAN EKSA
Nota: Aktiviti pengauditan dalaman susulan bagi menyemak semula penambahbaikan yang telah dibuat terhadap penemuan-penemuan semasa Audit Dalaman Siri 2 yang telah diadakan pada 27 - 28 April 2021 yang lepas.
"Komitmen dan kerjasama semua warga JANM Ibu Pejabat amatlah diharapkan bagi memastikan JANM memperolehi Pensijilan EKSA!"
Sekian, terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
Saya yang menjalankan amanah,
B/P: JK PROMOSI EKSA JANM